Tarikan Pelancongan Berhampiran Bukit Merah Laketown Resort

Antara tarikan pelancongan utama yang terletak berhampiran Taiping atau Bukit Merah Laketown Resort adalah 'Fireflies' atau kelip-kelip di Kg. Dew yang terletak beberapa meter sahaja dari tol Kamunting (Taiping Utara) ianya juga boleh dimasuki dari jalan lama Bagan Serai yang menghala ke Taiping (jika anda menginap di Bukit Merah Laketown Resort). 

cuba perhatikan cahaya yg dikeluarkan dari anggota serangga tersebut
Menurut fakta sains, cahaya yang terhasil pada kelip-kelip disebabkan oleh campuran dua bahan kimia berserta oksigen menerusi proses yang dinamakan sebagai 'bioluminescence'. Juga difahamkan, spesies kelip-kelip yang terdapat di Malaysia adalah antara yang paling unik di dunia dari segi kerlipan cahaya !!!

Pengalaman menaiki bot untuk melihat serangga unik tersebut

 
Hubungi saya bagi mendapat pengalaman menaiki bot untuk melihat serangga unik tersebut

Tarikan pelancongan yang tidak kurang hebatnya adalah, Kuala Gula Bird Sanctuary Park, ianya terletak sekitar 15-20 kilometer sahaja dari Bukit Merah Lake Town. Ianya merupakan sebuah lokasi yang tenang lagi mendamaikan dan amat baik sebagai lokasi pelancongan yang memberi manafaat kepada anak-anak anda. Selain itu, di kawasan sekitarnya juga terdapat hidangan 'kari Sembilang' yang amat istimewa, sungguh lazat bila dimakan dengan nasi putih ketika masih panas. Saya memberi 'credit' kepada masakan resepi tradisi ini kerana pernah menikmatinya... 


Jika bernasib baik, anda akan berpeluang utk melihat spesies burang dari beberapa lokasi di dunia yg menjadikan kuala gula sebagai lokasi persinggahan

Jeti di Kuala Gula
Akhir kata dari saya "jadilah pelancong yang bijak, rancang percutian anda'....selamat bercuti..

HARGA PAKEJ KELIP-KELIP KAMPUNG DEW


PETA DARI BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT KE KUALA GULA DAN KELIP-KELIP KAMPUNG DEW

*klik pada gambar peta untuk paparan lebih besar

SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI (AZMAN) - 012-564 7424


Catat Ulasan for "Tarikan Pelancongan Berhampiran Bukit Merah Laketown Resort"

Lagi Artikel Menarik...