Kisah Kau dan Aku


Kisah Kau dan Aku

Selembut bayu di musim yang lalu.

"Komenggg!!!", jeritan nyaring membingitkan telinganya. Entah aper lagi ler budak debab nie nak agaknya. Gumam Komeng. Perlahan-lahan Komeng pergi kearahnya.

"Kenapa?", Komeng bertanya dengan muka blur. Melihatkan gadis tembam itu terkial2 memanjat pokok rambutan yang besar pemeluk dewasa itu, membuatkan Komeng jadi gerun. Naya jerk kalau pokok tu tumbang sebab tak dapat menahan berat badan dia yang debab tu.

"Aku suruh ko pegang tangga tu. Yang ko tak pegang tu kenapa. Taunya makan rambutan jer..", malas nak dengar si Debab membebel, Komeng terus jer pegang tangga tersebut. Sambil mulutnya mengunyah buah rambutan.

"Sampai bila nak kena pegang ni. cepat arr aku penat ni", bebel Komeng sendirian. Naik lenguh tangan dan kakinya dok tercegat memegang tangga tersebut.

"La. bengap ler ko nie, kan aku dah sampai atas nie haa. Tak payah ler pegang lagi. Tunggu ler masa aku nak turun nanti. Tu laaa. asyik makan jer.", budak perempuan tu membaling kulit rambutan kearahnya..Hampeh punya budak debab.. Cakap ler awal2, tak ler aku penat berdiri kat situ. Marah Komeng dalam hati.

"Aku takut ko jatuh. ko tu dah ler tembam. Kang aku pulak yang kena hempap", dengan selambernya gadis tembam itu di kutuk. Oleh kerana geram dek kutukan yang diberikan kepadanya.. debab terkocoh2 turun dari pokok tersebut.

"Kuang ajo.. ko tu yang kurus lidi tak sedor. Nak harapkan ko panjat, sampai ke esok pun satu tak dapat.lembab. Jaga kau! Komeng kurus kering..", Komeng hanya memerhatikan Debab bergegas turun. Habis bergoyang pokok rambutan tu dek hayunan si debab tu. Komeng pun apa lagi .. Cabut ler.

"Woi. komengggg!!!! Tunggu.", dia terkedek2 mengejar Komeng. Yang pasti Komeng telahpun jauh dihadapannya. berlari sambil makan rambutan.


******************************


"Komenggggg!!", ishh.aper lagi ler budak tembam ni nak agaknya. Komeng berpaling.

"Kenapa?", Dia hanya melihat si debab terkedek2 berlari kearahnya. Abis semua pelajar-pelajar yang berada disekelilingnya di langgar. Termantul2 pipinya yang tembam tu .

"Ko ni pekak arrrrr.. harap telinga jer besar, orang panggil pun tak dengar", dapat di lihat mukanya yang termengah2 berlari. Aku dikatanya pekak.. Sabo jerla. Bisik hati Komeng.

"Tayar basikal aku pancit. Nanti balik aku nak tumpang ko tau .Jangan ko tinggalkan aku pulak.", katanya sambil mengunyah coklat koko jelly yang sedang di pegangngya. Kuat makan tul budak debab ni. Mana tak tayar pancit, asyik makan jer.

"Yela..", jawab Komeng sambil berlalu memasuki kelas. Lonceng rehat baru sahaja tamat. Lambat masuk kang ader pulak yang kena berdiri atas kerusi. Nasib baik budak debab tu tak sama kelas dgnnya, kalau tak hari2 sudah pasti Komeng menjadi mangsa buli debab. Kesian Komeng, hanya mengikut sahaja apa yang diarahkan kepadanya.


*****************************


"Ko ni lembab betul la komeng. apesal lambat sangat kayuh basikal ni..", kalau ikutkan hati nak jer Komeng sumbat pembungkus kuaci yang Debab tengah makan tu kat mulut dia yang mungil. Dasar tak kenang di untung, dok menumpang masih lagi nak membebel tak sudah-sudah.. Ni yg hangin ni.

"Dah badan ko berat macam tempayan. macam mana aku nak kayuh laju2. Silap2 tayar aku pulak yang pancit!!", marah Komeng. Ikutkan hati nak ajer Komeng tinggalkan budak nie kat dlm semak . banyak songeh pulak dia.Tapi dia tetap teruskan mengayuh. Naik lenguh kaki dok kayuh basikal tu. Agaknya kalau jalan kaki lagi laju dari naik basikal dgn budak tembam ni.

"Apa arrrrrr ko nie. bak sini aku pulak yang kayuh!", automatic Debab terus turun dari basikal. Nasib baik basikal nie slow, kalau laju maunya masuk dlm parit dengan Komeng tu sekali. Komeng berhenti mengayuh. Dia memandang Debab..

"Cepat arr.. ko duduk belakang. Biar aku kayuh. Lembab tul.. Mcm nie sampai bila pun tak sampai. ", segera debab capai handle basikal tersebut. Komeng tak mampu nak kata aper, malas nak layan budak sorang nie, silap2 dia repot kat makcik Zulie yang Komeng buli dia. Tak pasal2 kena tido dalam reban ayam nanti. Nak tak nak, segera Komeng duduk kat tempat duduk belakang dan Debab mula mengayuh. Boleh tahan jugak laju, mana tak nyer kalau bawak Komeng umpama tak bawa apa-apa.. Lain ler bawak Debab mengalahkan bawak 2 guni beras.

"Ha. macam nie baru la best.. Baru cepat sampai rumah. Kalau dari tadi kan bagus. Kenapa ler tak cakap siang2 biar aku bagi ko bawak dari kat sekolah tadi..", kata Komeng sambil mendepangkan tangan.

"Wei.. ko boleh duduk diam2 tak!. Aku kentutkan ko bau tau.", automatik Komeng menjatuhkan depangan tangannya. Dia duduk diam bagai tunggul mati. Hanya matanya meliar melihat liuk lentuk badan Debab yang tembam tu mengayuh basikal..


******************************


"Komeng, jom main pondok-pondok. Ko jadi ayah, aku jadi mak. ", Debab mengeluarkan semua alat permainannya di hadapan komeng. Komeng yang sedang leka bermain guli menoleh.


"Aku taknak. Aku tak suka main masak-masak. Itu untuk budak perempuan jer..", kata Komeng


"Alah.. jomlah. Aku nak main dengan sapa. Jom la Komeng. jomlah", Debab menarik-narik tangan Komeng dan mengajaknya bermain besama.


"Aku tak nak. Ko main la sorang-sorang..", Komeng segera mendapatkan guli-gulinya.Debab memonyokkan muka.


"Tak pe, tak nak kawan ko. Ko jahat'", Debab mengutip semula satu persatu alatan permainanya dan berlalu masuk kedalam rumah.


"Tak kawan sudah, tak jadi masalah tetapi dosa ku sepak jadi bola..", Komeng menyanyi-nyanyikan lagu tersebut . Selalunya apabila dia menyanyikan lagu tersebut, Debab pasti akan meluru mengejarnya semula, tetapi lain pula kali ini. Nak tak nak, terpaksa Komeng masuk kerumah dan mencari Debab. Bimbang pula apa yang di buat Debab. Dia melilau mencari di dalam bilik dan terlihat akan Debab sedang menatap bingkai kedua orang tuanya sambil menangis. Komeng hanya memerhati.


"Okeh la.. jom aku main pondok-pondok dengan ko. Aku jadi ayah ye..", kata Komeng memujuk. Sepantas kilat Debab memunggah semula alat-alat permainannya. Ketawa berdekah-dekah bila Komeng setuju bermain pondok-pondok dengannya.


Riang sekali mereka bermain sehingga kepetang. Itulah rutin harian mereka sepanjang cuti persekolahan. Bergaduh, bertekak dan bergelak ketawa sudah menjadi kebiasaan. Mereka dihantar untuk dijaga di pusat asuhan kerana ibubapa keduanya sibuk menguruskan perniagaan dan bekerja tak tentu masa. Daripada mereka terabai, ada baiknya mereka mempunyai seorang pengasuh yang benar-benar mampu membentuk mereka kearah kebaikkan.


******************************


"Komeng cepat!!! Nanti orang nampak.", Debab menjerit menyuruh agar Komeng segera beredar dari rumah Pakcik Talib. Seekor anak ayam berjaya diambil oleh Komeng daripada reban ayam Pakcik Talib. Kecomelan anak-anak ayam tersebut menarik perhatian mereka. Almaklum la, budak-budak memang pantang tengok anak ayam yang baru menetas.


"Jom cepat!!", setelah berjaya keluar dari pagar rumah Pakcik Talib segera mereka berlari meninggalkan kawasan tersebut.

"Ei. comelnya anak ayam nie. rasa nak makan jer", tak abis2 ingat makan. Pantang tengok bahan makanan. semuanya dia nak mencekik. Komeng mengendong anak ayam tersebut dan mereka bersama-sama menuju ke sungai. Kedua-dua kanak-kanak itu leka bermain2 dengan anak ayam tersebut. Debab sibuk mengorek tanah dok mencari cacing. Komeng pulak mengambil air dan memberi anak ayam tadi minum.

"Kesian dia lapar. eh aku pun lapar gak arr.", Debab memegang perut. Komeng hanya menjeling. Padahal baru tengah hari tadi dia makan sepinggan nasi, malah dengan nasi-nasi Komeng pun di balunnya sekali. Itupun lapar lagi ker. perut dinasour tul!

"Kalau ko lapar pergi balik arr.", kata Komeng sambil memberi makan pada anak ayam tersebut. Debab bangun menuju ke sungai. Dia terbongkok-bongkok cuba untuk mengambil air.. Kedebushh!!! terdengar sesuatu terjatuh dalam sungai tersebut. Komeng menoleh. Debab!!!!


"Tolong. tolong aku komeng.!!!", Debab bersuara tenggelam timbul. Dengan muka pucat lesi Komeng berlari ketebing sungai melihat Debab. Dia tercegat bagaikan patung di situ. Macam mana nie!! Dengan suara yang hampir nak menangis Komeng cuba untuk menjerit meminta tolong tetapi tiada siapa yang muncul.

"Tolong..", suara Debab masih tenggelam timbul. Komeng memerhatikan di kiri kanan, masih tiada sesiapa yang lalu lalang. Macam mana nie?? Nak tak nak Komeng tekadkan hati. Dan akhirnya dia pun terjun tuk selamatkan debab. tapi malang, dia pulak yang tak dapat timbul. Komeng hanya tersedar bilamana dia terasa pipinya di tepuk-tepuk orang. Komeng membuka dan memerhatikan keadaan sekelilingnya. Ramai orang mengerumuninya. Eh, debab mana.?


"Ko ni bodoh betul la. Buat apa terjun kalau ko tau yang ko tak pandai berenang.", entah darimana muncul, alih-alih Debab telahpun berada disebelahnya. Debab menujal kepala Komeng. Mukanya pucat sahaja bila dilihat. Debab!!! Syukurla dia selamat. Riang tak terkira hati Komeng bilamana melihat debab berada dihadapannya.Tapi macam mana?

"Aku nak selamatkan ko. ", hanya itu yang mampu Komeng jawab.


Debab menyeruku disebalik selimut yang menutupi badannya. Orang ramai mengangkat mereka berdua ke tempat yang lebih selamat. Mereka di bawa pulang. Sampai dirumah Komeng dan debab dimarahi penjaga mereka. Ini belum lagi di khabarkan kepada kedua orang tua masing-masing. Pasti dimarahi lagi dahsyat dari itu. Komeng hanya mendapat tahu debab berjaya menyelamatkan dirinya setelah dia berpaut pada batu di tebing sungai tersebut. Dan dia pulak tenggelam dan tak timbul. Kemudian Debab meminta tolong seorang pemuda yang kebetulan lalu disitu. Syukur alhamdulillah. Komeng masih lagi dapat bernafas dan begitu jugak debab.


******************************


Akhirnya perkara yang mereka berdua tak ingini terjadi jua. Kedua orang tua mereka telahpun tahu tentang perkhabaran peristiwa mereka hampir lemas di sungai tempoh hari. Kata mereka Komeng tak boleh duduk dan bersekolah disini lagi. Perangai Komeng terlalu nakal. Malah Komeng menyebabkan debab hampir lemas dan dia sendiri hampir kehilangan nyawa. Kasihan Komeng.


Dan kini dia sedang bersiap2 untuk di hantar belajar di England dan tinggal bersama Makcik Zulie. Hanya tuhan saja yang tahu betapa azabnya untuk dia tinggal dengan makcik yang garang macam dinasour T-rex tue. Macam mana ler Komeng dapat hidup kat sana. Terpaksa juga Komeng menurut kehendak orang tuanya, budak-budak. apalah yang mereka tau selain rasa seronok untuk tinggal di luar negara. Sebelum bertolak Komeng masih sempat menziarah debab. Disebabkan jatuh sungai tempoh hari, Debab demam seminggu. Susut sikit badan dia yang debab tu sebab tak lalu makan.


"Ko kena makan banyak, kalau tidak ko bukan lagi budak debab yang aku kenal dulu..", Komeng mengusik. Debab memukulnya. Demam2 pun masih kuat lagi.

"Nie ko punya pasal la nie. Menyusahkan aku jer. Bagus sikit ko tak der nanti, takder ler aku asyik nak masakkan ko telur goreng..", Komeng hanya tersenyum. dalam sakit2 pun ingat nak makan lagi. Betul juga tu, tak dapat la dia rasa telur goreng yang Debab buat nanti.

"Komeng. ko jaga diri baik2 tau. Ko makan banyak sikit supaya jadi kuat macam aku. Nanti tak payah sibuk-sibuk suruh orang selamatkan ko. tapi nasib baik ko tak der apa-apa hari tu.", ada nada sayu disebalik kata-katanya. Makin tambah comel mukanya yang tembam tu.

"Ko sayang aku tak?", Komeng bertanya.

"Tentulah sayang. Ko baik, ko selalu temankan aku main pondok-pondok", Debab ketawa.

".nanti bila dah besar nanti ko bawak ler aku pegi naik kapal terbang jugak . kita naik sama-sama macam selalu kita naik basikal tu", sambungnya sambil bersungguh-sungguh tangannya di depangkan seolah-olah menggambarkan saiz kapal terbang itu. Komeng mengangguk-angguk.

"Kenapa ko panggil aku Komeng?", entah kenapa terpacul soklan tu dari mulut Komeng.

"Laaa dah memang nama ko Komeng.",Debab jawab selamba. Komeng menggaru-garu kepala. Lucu mendengarnya.

"Kenapa pulak ko selalu panggil aku debab.. kadang-kadang tu tembam..", Debab pulak menaya soklan yang benar-benar lucu. Dah memang dia debab. muka plak tembam. Aku panggil ler.. Komeng tersenyum sendirian, kata-kata yang hanya mampu di ucap dalam hati Kalau cakap nanti, kecik ati pulak kang.

"Tak arr.. mana ada", Komeng menahan gelak. Debab mengerut dahi. Tapi akhirnya terburai juga ketawa dari kedua-dua kanak-kanak itu.


Sejak tu Komeng tak pernah muncul lagi. Pergi bersama-sama membawa hatinya. Walaupun ketika itu dia masih kecil, baru setahun jagung. umur baru mencecah 8 tahun. Tapi berita terhempasnya kapal terbang yang di naiki Komeng masih segar di ingatannya. Sejak tue dia menjadi insan yang pendiam, menanti dan terus menanti janji Komeng untuk membawanya bersama menaiki kapal terbang. Ah.. terlalu teguh janji yang di pegang oleh kanak-kanak seusia itu. Cinta budak-budak, bisakah ianya di rungkai?...


*****************************


Secerah mentari di lewat musim ini.


"Armin!!!!...", laungan mak mengejutkan aku daripada terus lena diulit intan. Adus!!..baru nak nyenyak tido. Dah ler tengah syok-syok mimpi bidadari jelita, mak pulak kacau daun. Segera aku melompat bangun dari katil dan mencapai tuala menuju ke bilik mandi. Terlupa bahawa hari ini aku dah pun berjanji dengan emak untuk bersamanya pergi menziarahi Aunty Hanim, saudara yang telah lama tidak aku kunjungi.


"Armin. Armin..tak bangun lagi ker budak bertuah ni", bertalu-talu mak mengetuk pintu bilikku. Ishh.orang tengah mandi la ni..


"Kejap mak. Armin mandi ni. Jap lagi Armin turun..", laungku dari dalam bilik mandi. Segera aku mempercepatkan mandian Sah-sah lepas nie aku diberi ceramah tak berkitab.


"Kan mak dah bagitau awal-awal semalam yang kita nak pergi rumah Aunty Hanim. Apa nak jadi ni. semua benda nak suruh kita ingatkan. Dah besar panjang masih tak berubah..bla..bla..", adoila. baru jer aku cakap tadi. Tak siap lagi dah kena leter.


Aku bergegas turun kebawah. Emak kesayangan aku tu dah tercegat berdiri kat ruang tamu. Aku menghadiahkan senyuman dengan sebaris gigi yang tersusun cantik pada mak. Tapi dek kerana muka bengis yang di balas, segera aku mencapai roti di meja sarapan dan berlalu keluar pintu. Mak mengekori dari belakang.


"Lain kali arrange masa tu biar tepat. Jangan bagi orang lain dok tertunggu-tunggu. Macam mana nak jadi contoh pemimpin yang baik macam ni. Nak jadi contoh ikutan Nabi kita. pot..pet..pot..pet..", bermulalah syarahan agama daripada mak aku untuk hari ini. Tak payah lagi nak dengar kuliah agama kat masjid, dengar kuliah agama mak aku pun dah cukup. Aku cuma mampu diam dan tersengih-sengih. Melawan kang tak cium bau syurga lak.


******************************


Aku memerhati gadis ayu dihadapanku. Betapa ayunyer dia. Walaupun hanya berseluar jeans dan berbaju t-shirt je, keayuannya tetap terserlah. Sedang leka asyik melihat dia, tiba-tiba matanya merenung tepat kearahku. Dup dap! Segera aku melarikan pandanganku dan melihat keluar jendela. Aisey.malu la pulak!


"Makan la buah rambutan tu Armin. Semalam Uncle Razif kau baru balik dari kampung, jadi di bawanya buah2 nie ha.", suara aunty Hanim mengejutkan ku. Segera aku berpaling memandangnya. Dia menghulurkan buah tersebut kearahku. Mungkin Aunty Hanim perasan aksi tak senonoh aku yang dari tadi aku asyik memerhatikan anak gadisnya.


"Uncle Razif mana aunty? Tak nampak pun dari tadi", tanyaku bagi memecahkan kebuntuan fikiran aku yg dari tadi melayang entah kemana. Dah lama rasanya tak menjejakkan kaki ke sini. Indah dan permai permandangannya.


"Uncle kau tu.. bukan Armin tak tau. Ada-ada saja kerjanya. Tu kat belakang tu dengan aktiviti dia.", aku menjengah keluar pintu. Ku lihat Uncle Razif leka menyiapkan sebuah arca berbentuk angsa di tepi kolam renang rumahnya. Rumah ni dah dipenuhi pelbagai perhiasan unik hasil kreativiti Uncle Razif.


Emak dan Aunty Hanim pula sibuk berbual tentang hal-hal oran perempuan. Dan dimana perginya gadis tadi? aku tercari-cari.


******************************


Aku mencuri-curi pandang ke dapur aunty Hanim. Ish. tak nampak pun awek jambu tu.

"Hah, apa yang tercegat lagi kat situ. Tak nak balik ker?", terkejut beruk aku di sergah emak. Ishhh org tua nie, sib baik aku tak der darah tigggi ke, sakit jantung ker kalau tak dah lama k.o tang tu jugak.

"Mak nie.. Tak sayang Min ker. Kalau dibuatnya Min mati terkejut kat sini macam mana? Sapa yang susah?", aku mendapatkan emak. dan ku peluk bahunya. Dah beso panjang pun dok bermanja-manja lagi. Maklum ler anak bujang sorang.

"Amboi yang dia dok menggatal pi intai-intai anak dara orang tu, lagi mak susah tau tak!", mak menjengilkan matanya. Aku tersenyum.. Hehehe.

"Alah mak nie bukan selalu pun..", segera aku melepaskan pelukan bila mak mula mengangkat tangannya untuk mencubit ku.

"Bertuah punya anak!", mak meluru mengejarku tapi terbantut bila aunty Hanim muncul membawa satu plastik rambutan di tangannya.

"Apa la yang di guraukan tu. Ni haa.. jangan lupa pulak bawa balik buah nie, banyak sangat kat sini tak terabis pulak nanti", aunty Hanim menghulurkan plastic tersebut kearahku dan aku menyambutnya. Mak hanya menjeling tajam kearahku.

"Kamu kalau ada masa datang ler jenguk saya kat Kl tu Hanim. Dah lama kamu tak kesana, bukan jauh pun dari Banting ni. Bawa la sekali Dila tu. Dah lama tak jumpa dah beso panjang dia. Cantik pulak tu", aku lihat mak bersalaman dengan aunty Hanim. Dila. erm hampir aku terlupa nama dia. Comel cam orangnyer gak. Tapi mana dia.

"Yela kak. insyaallah. Si Armin ni pun dah beso panjang jugak. selalu-selalu lah dtg rumah aunty nie", balas Aunty Hanim. Aku hanya tersengih. Kalau aunty Hanim tak pelawa pun aku tetap datang.

"Mana budak Dila. malu sangat ker sampai taknak jumpa kami nie..", mak nie macam paham2 jer apa yang aku rasa.

"Dila pergi jemput adik dia kat sekolah tu. Sekejap lagi balik la tu".

"Tak per la Nim, saya balik dulu. takut tak sempat pulak nak singgah kat Butik kita tu nanti. Kirim salam pada Dila dan Razif ajerla. Esok-esok singgah lagi", mak berlalu menuju ke kereta. Ish mak nie takkan nak balik dah. Tak sempat ler aku nak jumpa Dila. Melihat emak memandangku dengan renungan yang penuh bermakna, segera aku menyalami aunty Hanim dan menuju ke kereta. Dila. dila.

"Balik dulu lah ye Aunty Dila.!! ", mak mencubit pehaku. Kenapa? Hehe aku tersengih kelat.

"Eh silap! aunty Hanim. Jumpa lagi!", tersasul la pulak. Mak merenungku tajam. Aku lihat aunty Hanim cuma tersenyum. Yang pasti ini bukan yang terakhir aku kesini. Tunggu.. Kita berjumpa lagi. Silap ada makna tu.


*****************************


Pagi2 lagi aku dah siap berpakaian kemas. Hari minggu nie apa lagi yang best melainkan berjalan ronda2 kat kl nie. Tapi nak gi mana. Rasa2nya seluruh pelusuk kl ni aku dah lalu. Tapi yang peliknyer entah kenapa tiba2 aku boleh ader kat Pekan Banting ni. Pulak tu terus jer masuk ke perkarangan rumah aunty Hanim. Apa kena dengan aku agaknya.. Cam ader magnet yang memanggil2 aku ke sini. Pelik.


Kebetulan aku lihat Dila leka menyisir daun kelapa tuk di buat penyapu di serambi rumahnya. Dan dia tersenyum melihat kedatanganku. Dia berlalu turun dan mendapatkanku. Segera dia menarik tanganku lalu duduk disebelahnya. Aku melihat dia tekun mengajarku cara2 menyisir daun kelapa tersebut. Dila oh dila.. Aku tersenyum.


"Dah lama sampai.", satu suara mengejutkan aku dari lamunan yang indah tadi. Lorrrr...rupanya aku berkhayal jer.Aku memandang kearah suara tersebut. Aku tersengih,

"Eh, Aunty..dah.dah lama jugak", segera aku berpaling semula kearah tempat Dila duduk bersimpuh tadi. Aikk!!!! Lesap. Aku memandang semula aunty Hanim dan bersalaman. Malu pulak bila aunty Hanim sedar perlakuan kurang sopan aku tu. Tapi nak wat camne. biasala kan, anak muda. Aku membontoti aunty Hanim dan naik kerumah.

"Armin.. Orang tua apa khabar?', sapa uncle Razif. Segera aku mendapatkan uncle Razif dan bersalaman dengannya .

"Baik uncle.. Uncle sibuk ker?', aku lihat uncle Razif sedang sibuk bergelumbang dengan kertas2 yang terlukis pelan2 tapak pembinaan di sekeliling mejanya. Arkitek ler katakan. Hari minggu pun sibuk memanjang.

"Ader ler kerja sikit ni haa. dudukla", belum sempat uncle Razif mempelawa, aku dah pun duduk dulu di kerusi sofa yang sememangnya empuk tu. Baru beli gaknya, dulu aku datang masih belum ader lagi. Tak lama lagi mak aku pun sibuk ler nak beli jugak. Ada diut semua jalan.

"Kenapa datang sorang, mak kamu mana?", aunty Hanim datang bersama sedulang air dan sepinggan cheese cake .Wow favorite aku tu.

"Mak ngan ayah ader kursus kat Kuantan. Saya boring duk rumah tu yang saya datang ke sini. Sajer nak jumpa aunty ngan uncle.", aku tersengih.. Sebenarnya nak jumpa Dila. Cover line jer tu.

"Kamu duduk2 ler dulu . Aunty ader keje kat belakang tu. Duduk la yer..', aisey boring pulak aku dok terkaku kat sini. Nak borak ngan Uncle Razif dia pulak macam sibuk. Nak tak nak, aku minta izin bersiar2 keluar halaman rumahnya.


******************************


Dari jauh aku lihat Dila leka menyisir daun kelapa sepertimana mula2 kedatangan aku tadi .Yang bezanya dia langsung tak hiraukan kedatangan aku, tak sama seperti yang aku khayalkan tadi. Aku menghampirinya.. Orang yang dah lama tak ku kenali. Dia hanya pandang-pandang dan jeling-jeling pada aku. Erm. teringat lagu Siti Nurhaliza dengan Tan Sri Dato SM Salim tu.


"Hi.. Buat aper?", soklan bodoh yang aku tanya. Dah tau dia tengah sisir daun kelapa, lagi mau tanya. Sesaje pembuka bicara. Dila hanya menjeling. Aik. salah ker aku tanya. Dengan tak malu aku duduk di hadapannya . Cantik pulak serambi nie. nyaman je bila angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.


"Lama ker semester break awak", lagi sekali aku bertanya. Dia ni dah bisu ker. takkan la kot. Dia merenung ku lagi. Ishh.. ni yang cair nie.

"Ader ler dalam 3 bulan..", dia bersuara tegas. Mak aii. sombongnya. Tapi kira orait ler sebab dia sudi jawab soklan aku gak. 3 bulan, nampaknya banyak lagi masa boleh aku kenal2 ngan dia.

"Ooooo ye ker. tak kan dok terperap jer kat rumah. Tak nak jalan2 ker? Pegi shopping complek ke, makin angin ker, mana2 jer la.", aku memberikan pendapat yang bernas sekali. Bernas ker?

"Apa awak ingat saya tak der kerja ker .Ni tak nampak saya tengah buat kerja nie. Dari dok merambu sana sini lebih baik saya siapkan assignment saya nie. Yang awak nie tak der kerja lain ker asyik dok mengganggu ketenteraman saya", tinggi suaranya. Aku menggaru2 kepala yang tak gatal. Assignment? Nak buat penyapu lidi pun jadi salah satu assignment ker. apa bengap sangat sampai buat penyapu pun masuk dalam salah satu assignment. Aku pelik.

"Assignment.. errr bukan nak buat penyapu lidi ker?", aku bertanya ingin tahu. Beriya2 ler aku ingat dia nak buat penyapu.

"Zaman canggih ni orang dah guna vacuum, mana wujud penyapu lidi lagi. saya diwajibkan tuk hasilkan satu design tuk assignment saya yg berkaitan dengan bidang saya nie. jadi saya gunakan lidi nak hasilkan sebuah rekabentuk rumah. Faham!!! ", dengan lantang dia bersuara. Aku telan liur. Ler. baru ler aku faham. Maklum ler, dia ni bakal Grafik Designer la katakan. Aku hanya mengangguk.

"Macam tu ke. baru ler saya tau. Maklum ler orang macam saya nie tak pandai sangat. Kalau tak diterangkan lagilah tak paham", aku bersuara merendah diri .Sejak bila pulak ler aku pandai merendah diri ni. Kalau mak dengar mesti dia ketawakan anak bujang dia nie. Depan gadis, lembut kan main.

"Tula, kalau dah tak pandai buat cara tak pandai. jangan nak memandai2 meneka jer", cis terkena lagi aku. Apesal ler minah nie berlagak sangat .Takper.takper. aku sabo lagi.

"Sekurang2nya saya tak pandai still mengaku lagi. Sebab tak pandai ler saya bertanya. Ader orang tu, dah terlalu pandai tapi berlagak macam dia sorang jer pandai. Padahal orang yang tak pandai tu tak semestinya dia tak tahu.", entah macam mana ayat2 tu boleh terkeluar dari mulut aku. Bukan niat aku nak perli dia, tapi geram gak dengar dari tadi dia asyik keluarkan ayat2 pedas dia tu.

"Harap pandai tapi perangai entah hapa2. dok terhegeh2 sana sini macam bagus", aik dia perli aku balik ker. Erm. aku terhegeh2 ker. ishh macam tak sedap jer bunyinya.

" Oooo. Dila pandai jadi dila nie suka terhegeh2 la yer.. Saya pulak tak pandai, dan saya plak tak suka terhegeh2. macam tue rupanya..", aku tengok air mukanya berubah.. Jap lagi ribut la ni. Apa ingat aku nie senang sangat nak dikenakan. Kutuk tu kutuk jugak tapi kalau sampai tahap panas telinga nie, sape pun tak tahan. Tapi rasa bersalah pulak aku. Ah. lantakla.

"Kat sini rupanya kamu. Mak kamu telefon tadi, dia risau ingatkan kamu kemana. Aunty cakap ler yang kamu ader kat sini. Mak kamu suruh balik cepat, dia tunggu kamu kat rumah.", nasib baik aunty Hanim datang jadi penyelamat keadaan. kalau tak sampai dinihari bab peril memerli ni tak habis. Aku segera bangun meminta diri. Aku tengok Dila segera bangun dan membawa sekali bahan2 assignmentnya. Dan satu jelingan tajam dihadiahkan pada aku yang sweet nie. Erm. nasib..nasib


******************************


Kini sekali lagi aku tiba dirumah aunty Hanim. Cuma yang berbeza kali nie aku datang dengan mak dan ayah aku sekali. Ishh. bukan ader maksud tertentu. tapi aunty Hanim dan uncle Razif buat kenduri kesyukuran sempena anak bongsunya a.k.a adik Dila mendapat 5 A dalam UPSR dan berjaya masuk ke MRSM. Dan kesekian kalinya aku bertemu semula dengan minah laser tu. Nampak muka jerk comei, lembut, ayu dan cun melecun tapi perangai mak datuk. datuk yang tua2 biang keladi tu pun elok sket perangainya daripada Dila nie.


Aku tengok mak ngan ayah aku rancak berborak ngan aunty Hanim dan uncle Razif. Malas aku nak masuk campur bab2 perbualan derang tu. Takat kalau citer pasal isu2 bola boleh gak aku menyampuk, tapi bab2 politik nie aku tolak tepi.. Tak tahu menahu. Mamat macho macam aku nie bukannya tahu apa2 pun. Mengayat aku tau ler.


Dila leka membantu org gajinya mengemas dapur. Entah aper yang menarik aku tuk kesitu aku pun kurang pasti. Apa ler yang minah ni guna sampai dia berjaya tawan hati aku. Dari dulu sampai ler sehingga kini. Ayunya dia berbaju kurung biru. Baru ler sedap mata memandang, takde la asyik2 berpakaian ala-ala minah rewang. Macam tomboy pun pernah gak.Dah lama tak nampak dia, sekarang jumpa dia makin cun. Asyik cun jerla. agaknya kalau tiang depan rumah tu di solekkan gerenti aku tetap cakap tiang tu cun. Apa benda yang aku pandang semua serupa Dila. Nasib baik kucing parsi yang mak aku bela tu pun aku tak nampak macam Dila jugak.


"Hi.",aku menyapa. Aku tetap layan dia baik walaupun sikap dingin yang diberikan pada aku. Dia menjeling. Asyik jeling je. terjuling baru kau tau Dila.

"Awak nie tak reti duduk diam ker? Pegi sana lah. ", dia menegking. Aku sabo lagi. Rasa2nya apa yang buat dia menyampah kat aku nie? Cukup baik aku layan dia, tapi dia asyik menengking jer. buruk sangat ker aku nie. Dak aih. hensem aper. Alahai.. Dila oh Dila, makin ko marah.makin-makin le aku suka.

"Marah2 cepat tua wak.", usikku.

"Sedar diri awak tu. dia yang tua sesuka nak kata org.", dia mencebik.

"Saya tak kata awak. saya cuma cakap tak baik marah2 nanti cepat tua. Tue jer.", hehe. best pulak buat dia marah.

"Eh, Awak nie kenapa ha? Kang tak pasal2 makan pinggan kang..", alamak.memang dia dah hangin betul2 tu. Sebelum aku kenyang makan pinggan baik aku cabut dulu. Terbantut niat nak ajak dia keluar dating. Kalau macam nie ler gayanya. sampai bila2 pun aku kempunan nak berbaik2 ngan dia. Dila..dila..


******************************


Hari ini untuk kesekian kalinya aku menjejakkan kaki lagi kerumah Aunty Hanim. Asyik ke situ aje le kerja aku tiap2 minggu. Bukan apa,Aunty Hanim beria2 menyuruh aku menemankannya keluar membeli-belah. Betapa bosannya aku bila dengar perkataan membeli-belah tu. Biasa la perempuan, kalau bershopping, tak hingat dunia. Belum lagi keluar dengan mak aku, mau diborong satu pasaraya tu aku rasa. Sampai di depan rumah Aunty Hanim, aku lihat dia sedia menanti. Mata aku teracap pada wajah bersebelahan Aunty Hanim. Mimik muka kepunyaan gadis idaman kalbu. Langsung tak ada wajah ceria melihat kedatangan aku. Eleh. macam aku suka sangat datang sini. Kalau tak kerana Aunty Hanim, memang dah malas aku kesini lagi. Betul kah? Hehe.


"Maaf Aunty. lambat sikit", aku memberhentikan kereta betul2 di hadapan Aunty Hanim dan minah senget tu.

"Tak pe. Aunty yang nyusahkan Armin.. tak pe ke ni?', Aunty Hanim tersenyum melihatku.

"Eh, apa pulak menyusahkan tak adalah. naik lah Aunty", aku tersengih. Ku lihat Aunty Hanim membuka pintu tempat duduk belakang. Memang sengaja Aunty Hanim memberi peluang Dila duduk di kerusi bersebelahanku. Ah, aku pulak rasa tak selesa. Dila merenung tajam ibunya yang masih berwajah selamba. Mataku masih lagi memandang wajah gadis itu. Langsung sekilas pandangan pun tak diberikan pada aku.

"Dila cuti ke?", terpaksa le aku gak memulakan pertanyaan. Daripada sunyi sepi jer.. Aunty Hanim pula sibuk membelek2 majalah yang di bawanya tadi. Macam saja2 jer nak bagi peluang pada aku ngan Dila.

"Ermmm.", hanya itu jer butir bicara yang keluar dari mulutnya. Sombong banget. Aku sumpah karang jadi bisu baru kau tau! Marahku dalam hati.


Malas aku nak bertanya lanjut, orang tak suka buat aper layan lebih2. Aku menguatkan suara radio. Daripada layan si minah kerek ni, baik aku layan blues aku sendiri. Ku lihat Aunty Hanim khusyuk membaca majalah di tempat duduk belakang. Dila pula tak berganjak kepalanya melihat keluar tingkap. Langsung tak pandang kedepan. Kearah aku ni lagilah jangan diharap. Nak jer aku teleng-teleng kan kepala dia, biar tak boleh nak toleh kiri kanan lagi.


******************************


Naik lebam kepala lutut aku dek kerana kehulu kehilir mengekori langkah Aunty Hanim. Dila pula dengan wajah ceria berlenggang lenggok mengepit lengan ibunya. Baru la aku tau kenapa Aunty Hanim beriya2 mengajakku keluar, rupa2nya suruh aku jadi pengaggkut barang2 mereka. Sabo jek la aku. Naik bertimbun barang2 yang dibeli mereka.Aku pulak jadi mangsa membawanya. Lepas ni, sumpah aku taknak lagi terima ajakkan mereka!


"Hanim.. Buat apa kat sini? Apa khabar?', entah dari mana muncul, alih-alih aku lihat dua orang wanita lebih kurang sebaya Aunty Hanim berjabat tangan sambil berpelukkan.

"Alah.. tak kemana. Sesaja jalan2 bawa anak2 beli barang sikit", jawab aunty Hanim memperkenalkan aku dengan Dila. Sikit?? Naik patah tangan aku bawak barang2 ni boleh lagi Aunty Hanim kata barang-barang ni sikit. Ku lihat Aunty Hanim bersungguh2 bercerita. Teman dia la tu agaknya. Aku dan Dila pulak tercegat memerhatikan mereka. Nak jer aku sound Dila tolong aku bawak barang2 dia ni. Tak kesian ker kat aku yang kacak ni.


"Dila, mama nak keluar dengan kawan mama ni. Dila dengan Armin balik dulu ya..", apa?? Segera aku berpaling kearah Aunty Hanim.

"Armin tolong hantar Dila dan barang2 ni balik kerumah ya..", dengan lemah longlai aku mengangguk. Eh sebenarnya aku nak geleng, ntah kenapa terangguk pulak. Aku pasrah.

"Balik dengan dia?. Dila ikut mama aje la.", eh.eh. kira bagus aku bersedia nak hantar ko. Aku tinggal kat sini baru tau. Kataku dalam hati. Aku hanya melihat Dila merengek2 memujuk Aunty Hanim. Mengada-ngada tul.

"Mama ada hal dengan kawan2 mama. Dila balik dulu. Nanti ayah balik takde sapa pulak kat rumah. Mama balik ngan kawan mama je nanti. Dila ngan Armin balik dulu yaa..mama pergi dulu", aku memerhatikan Aunty Hanim pergi mendapatkan kawan2nya.

Kemudian aku berpaling kearah Dila. Kelatnya muka dia.

"Hah apa lagi, bawak le sendiri barang2 awak ni!', aku serahkan semua barang2 yang aku pegang tadi. Rasakan. Dila mengerut dahi. Matanya terbeliak memandangku. Belum sempat dia bersuara, aku terlebih dulu berlalu meninggalkannya. Perlahan-lahan aku menoleh kebelakang. Merengkek-rengkek minah tu membawa barang tersebut. Baru kau tahu apa yang aku rasa. Hehe..


******************************


Lambat pulak aku rasa jalan menuju kerumah Aunty Hanim. Walaupun kereta nie telah terpasang air-cond, tapi masih lagi tak mampu menanggung suasana tegang dan panas dalam kereta nie. Kulihat Dila sedang leka berbual di telefon bimbitnya. Entah apa yang dibualkan aku pun kurang jelas. Sekejap ketawa tak ingat dunia punya, sekejap serius. Aku membesarkan sound radio. Dia menjeling kearahku sambil meneruskan perbualan di telefon. Peduli apa aku.


"Singgah kejap kat restoran depan tu. Saya lapar la.", Dila menunjuk kearah sebuah restoran di sebelah simpang jalan. Aku berkerut .Mak ai. ingat aku dreba dia ker. Aku buat moka toya.

"Hey.. Saya suruh berhenti la. pekak ker?", suaranya di tinggikan. Aku terus membelokkan kereta secara mendadak memasuki ruang restoran tersebut menyebabkan Dila terdorong kehadapan . Aku hanya tersenyum. Padan muka..

"Nak bunuh orang ke apa?', dia mengomel sendirian. Berserabai rambutnya yang ala2 teknik rebonding tu. Lucu pulak.

"Lain kali cakap biar bersopan santun. Saya tak pekak lagi..", aku berkata selamba sambil keluar dari perut kereta. Dila masih membetul2kan rambutnya. Mukanya merah menahan marah.


******************************


Belum sempat aku menyuap nasi kemulut, datang pulak 4 orang minah2 senget yang tak di undang di meja aku dan Dila. Aku terkebil2 tengok diaorang.

"Dila.. Sorry le kacau u all. Tak pe ke kitaorang datang ni.", aku mencebik. Sapa pulak ni. Dengan gaya ranggi, rambut perang, langsung takde ciri2 wanita melayu. Aku memandang Dila.

"Eh.. takpe.takpe. Memang aku suruh korang datang pun kan. Eh, dudukla. Order apa yang korang nak order. Aku memang suka makan ramai2 macam ni..", pelawa Dila. Makin2 ler bertambah kekompuisan aku. Bila pulak Dila ajak minah2 senget ni. Dengan gaya tergedi2, minah2 tu pun duduk semeja dengan kami. Ish.. Ni yang aku kurang selesa ni.

"Hi.. U ni sapa? Kau Dila, dah ader boyfriend ya. Taknak ker perkenalkan kat kita orang?'

"Excuse Me! His not my boyfriend. Aku pun tak kenal dia. Eh pedulikkanlah dia. Korang order la..", Dila mencebik. Mak ai. dia boleh kata tak kenal aku. Nak jer aku sumbat mulut si Dila ni dengan buah pisang kat depan aku ni.

"U tak kenal? tapi macam mana boleh makan dengan dia pulak Dila. U ni tak patut tau.. Hai, saya Nabila ", salah sorang daripada minah2 tu menghulurkan tangannya kepada ku. Nak salam ke taknak, nak salam tak nak. Last2 aku sambut jugak salam derang. Tak sambut kang, kata sombong pulak. Orang berbudi, kita berbahasa. Dila mencebik lagi.

"Entah. tak patut kalau kita tak pedulikan orang hensem macam dia ni tau. Hai. saya Yatie.', sapa yang seorang lagi. Aku menganggkat kening. hehe. aku hensem ker? Alahai ni yang cair ni. Rasa bangga pulak bila ramai yang nak berkenalan ni. Aku sambut salam seorang demi seorang dari mereka. Lepas sesi berkenalan, mereka pun order ler makanan yang kaw2 punya. Mengalahkan sepuluh orang makan. Tapi aku pun bedal je la.

"Dila, pasni kita nak kemana ni", Nadia mula bersuara. Dia mengusap2 perutnya yang hampir buncit akibat makan lebih.

"Aku ingat nak pegi saloon. Nak syampoo rambut. Korang nak ikut ker?", jawab Dila dengan banggannya. Aku pandang Dia. Banyak la dia punya saloon. Aku nak balik nie. Aku hanya mampu mendengus dalam hati jek.

"Waiter!!!! kira ni semua ya..", Dila melaung memanggil pelayan restoran.

"RM283.60..", kata waiter tu bersahaja. Mak datuk. mahalnya. Sapa yang nak bayar ni.

"Awak minta bayaran dari Encik ni ya.", Dila menuding jari kearahku. Hah???Kepala hangguk dia. Aku makan seciput jer, lain2 lauk semua kawan2 dia melantak. Nie memang tak lain nak balas dendam kat aku le nie. Pakat ajak kawan dia ramai2 dok pernaya aku. Aku hanya memerhati Dila and the geng bangun berlalu sambil ketawa berdekah. Hampeh ko. takpe, takpe. nak taknak terpakse gak aku selok poket. Gentle ler sebab waiter ni pun dari tadi tersengih2 tengok aku. Ingat aku tak mampu bayar ker?! takpe..takpe.


*****************************


Aku menurunkan Dila and the Gang di hadapan sebuah saloon. Naik menyampah pulak tengok gelagat mereka2 tu. Si Dila pulak dari tadi asyik tersengih2 jer. Suka benar dok perkena aku.

"Jangan kemana2 pulak. Lepas ni awak kena hantar kitaorang balik. Mama dah amanahkan awak untuk hantar saya. Kalau terjadi apa2 kat saya. tau la awak nak menjawab", Dila mengingatkan. Amboi3. sesuka mak bapak dia jer. Ingat aku nie dreba dia ker. Okey..okey. aku sabar lagi.


Sambil menunggu Dila tu, aku ronda2 sekeliling memanaskan enjin kereta yang sememangnya panas dan ditambah2 lagi panasnya hati aku ni. Dah berjam2 aku tunggu. Bosan sungguh. Nak jer aku cabut balik, tapi apa pulak kata Aunty Hanim nanti kalau aku tak balik bersama Dila. Hampir 3 jam kemudian aku kembali semula ketempat letak kereta tadi. Aku memerhatikan Dila n the Gang telah tercegat menunggu aku. Hehe.. merah padam muka derang. Rasakan ler dok tunggu aku pulak.


"Sekarang awak boleh turun. saya boleh drive sendiri", alih-alih Dila datang membuka pintu kerata dan memaksa aku turun dari kereta. Apa pulak ni?!Aku tengok kawan2 dia pun dok api2kan Dila suruh aku keluar. Diaorang pulak tarik2 aku supaya keluar. Apa sentuh2 nie. haram tau. Nak tak nak aku pun keluar dan pergi kepintu sebelah sana.

"Eh. awak tak boleh join kita orang. Sila keluar ye.", si Nabila gedik menolak aku dari terus duduk di kerusi tersebut. Ader ke patut!

"Abis. saya nak naik apa nie", dgn muka blur aku bersuara. Ini dah lebih ni.

"Teksi kan banyakkk! oh ya, lagi satu, tak perlu risau ttg mama sebab saya dah call dia tadi bagitau saya keluar dengan member saya. Awak boleh terus balik kerumah awak ye. terima kasih", Dila menghidupkan enjin kereta. Aku pulak termangu2 seorang. Dayuskah aku??? err. cam buruk jer bunyinya.

"Jumpa lagi.. hensem guy. muah!!!", Yatie memberikan flying kiss nya padaku. Ya Allah! geli gelaman aku. Nak tak nak, kena jugak aku menapak tahan teksi.


Nun dari kejauhan aku memerhatikan kereta yang di naiki Dila and the Gang tersadai di tepi Jalan. Hehe.


"Kenapa Dila?", Nabila bertanya setelah melihat Dila menjerit menahan geram. Mereka semua keluar setelah kereta yang dinaiki tiba2 termati enjinnya.

"Tak guna punya lelaki.. sampai habis minyak kete ni dibuatnya", Dila memukul sterring menahan marah. Arminnnnn!!!! jaga kau.


*****************************


Sejak kejadian tempoh hari, hubungan aku yang sememangnya tak berapa baik dengan Dila makin bertambah2 tak baik. Lucu jugak aku dengar cerita Aunty Hanim bila Dila and the Gang terpaksa tolak kereta sampai ker stesen minyak. hehe.


Nampaknya niat aku tuk berbaik2 dengan Dila tak kesampaian gamaknya. Tapi hati punya pasal akan ku teruskan jua niat suciku.kalau aku tak berjaya buat Dila jatuh hati pada aku, Nama aku bukan Tengku Armin Bin Tengku Zulkiflee. Boleh ke nazar macam tu?


Walau apa pun yang tejadi. Aku tetap akan teruskan keputusan aku. Aku pasti Dila akn setuju. Mungkin Dila sengaja menunjuk-nunjuk api kemarahannya dan memprotes hebat setiap apa yang aku buat padanya, aku pasti suatu hari nanti dia tahu bahawa aku benar-benar ikhlas menyayanginya.


.......................................


Kini berbulan lamanya telah berlalu. Aku masih mencari kasihku yang dulu. Walaupun selepas kejadian yang begitu mengejutkan itu berlaku, aku tetap gagahi untuk kesini. Aku berlalu menyusuri pantai itu untuk membuktikan kasihku yang telah lama wujud bukanlah satu omongan belaka. Dari kejauhan aku memerhati sesusuk tubuh itu. Membuang pandangan jauh ke tengah lautan pantai.


"Maaf.. saya lambat", ujarku perlahan. Dia berpaling. Renungan tajam matanya membuatku rasa bersalah teramat sangat.


"Awak ingat awak ni siapa? Macam bagus. Awak ingat awak kaya, boleh beli apa je yang awak nak. Saya bukan barang permainan untuk awak permainkan", belum sempat aku praktikkan ayat yang power untuk melunturkan kemarahannya, terhambur sudah kata-kata berbaur marah dari mulut mungilnya.


"Saya tak pernah bermain dengan perasaan Dila.. saya serius dan betul-betul ikhlas..", tuturku lembut. Menggeletar jugak urat saraf nak berhadapan dengan situasi tegang ni. Puhh. jangan la ko mengamuk kat sini Dila.Pintaku dalam hati. Tak pasal-pasal aku kena tangkap karang sebab cuba menganggu anak dara orang.


"Pergi jahanam dengan ikhlas awak tu. Dengar sini! hati saya tak kan terbuka untuk terima awak tau. Sedar sikit. Tak malu, tak cukup-cukup lagi awak sakitkan hati saya...", katanya sinis. Peh. berdesing teliga aku. Memang le aku selalu kenakan dia, tapi aku tak bermaksud macam tu. Dia pun selalu kenakan aku gak, aku tak marah pun..


"Kenapa? kalau awak dah ada kekasih berterus terang je. Baru lega saya dengar. Tapi kalau belum, selagi itu saya tetap dengan lamaran saya.", tegasku. Aku berani kerat jari laa.. si Dila ni memang tak der kekasih. Sebabnya? Ya sebabnya aku tak pernah tengok walau sekalipun di keluar dengan mana-mana lelaki. Ada can le aku. Tapi macam mana lak kalau dia betul-betul dah ada buah hati?aku berteka teki dalam hati. wargh..wargh.. aku rasa nak meraung ni..


"Awak tak perlu tau siapa kekasih saya.yang penting dia memang sentiasa ada dalam hati saya..", aku lihat Dila tertunduk sayu. Hati aku pulak di terpa hiba. Wahai dila pujaan hatiku.. katakanlah.. katakanlah siapa jejaka bertuah itu..


"Siapa dia Dila..", aku cuba menggesanya. Tak kira, aku nak tahu jugak. Kalau dia dah ada buah hati, aku sanggup jadi bunga hatinya pulak. Dalam keadaan macam ni pun aku sempat lagi buat lawak bangang kat diri aku. Argh.. jiwa kacau.


"Hey.. stop it! Kau siapa nak campur urusan aku. Sekali aku tak terima, berjuta-juta kali pun aku tetap tak terima. Perasaan aku dah lama mati. Carik ajer orang lain. Tak de sasiapa pun boleh jadi penghalang yang boleh membuang perasaan aku pada dia.. walaupun dia dah lama pergi.. pergi membawa hati aku sekali.", kasar sungguh bunyi suaranya. Hilang terus keayuan wajah Dila. Terkejut aku. Aku memandang wajahnya, ada linangan air jernih mengalir di kelopak mata yang bundar itu. Ah Dila, dara pujaanku..kalaulah aku bisa menyapu airmatamu itu..


"Tapi kenapa Dila?. bukankah kita dah lama.", ayatku termati di situ bila aku lihat Dila menekup telinganya. Memang aku terlalu amat menyayangi Dila. Dan silap ku juga kerana menyuruh keluargaku menghantar rombongan meminang tanpa persetujuan darinya. Kedua keluarga setuju. Tapi tak kusangka Dila pula menolak. Silap akukah?


"Sudah la Armin.. sorry to say aku tak dapat terima kau.. Kau ambik lah semula cincin ni. Nak simpan pun tak guna, aku bukannya cintakan kau pun. Kalau di takdirkan aku pakai, seluruh jiwa ragu aku memang milik kau. But.. yang pasti itu adalah sesuatu yang mustahil", Dila menghulur kotak berbaldu merah kecil itu kepadaku dan berlalu pergi. Rasa nak terkeluar air mata ni. Nak jer aku berguling-guling menangis kat situ jugak dan merayu-rayu supaya Dila terima aku. Tapi, aku tetap maintain sebab nak jaga reputasi dan maruah aku sebagai lelaki macho.Nak tak nak, aku menyambutnya juga. Tak per Dila. ko taknak yer.. takper..takper. aku ada plan lain.


.......................................


Dila merenung syiling bilik tidurnya. Entah kenapa dia terpukul dengan tindakan kejamnya pada lelaki itu. Apa salah lelaki itu? Memang dia tak bersalah. Cuma dia silap tempat dan tak kena gayanya untuk menambat hatinya. Tapi bila dia melihat lelaki itu.. seolah-olah timbul perasaan yang tak pernah wujud di hatinya selama ini. Gaya cakap dan gurauan lelaki itu sedikit sebanyak menyenangkannya. Walaupun dia baru sahaja mengenali lelaki itu sebelum ini, tapi banyak kali juga dia terdengar serba sedikit kisah lelaki itu dari kedua orang tuanya.Ah! persetankanlah.. Siapa dia untuk memandai-mandai melamar aku. Tingkah hatinya.Dia bermain-main dengan jari jemarinya yang runcing. Tertawa sendirian bila dia terlihat bekas parut di tapak tangannya. Parut yang meninggalkan seribu kesan yang mendalam pada dirinya.


Segaris senyuman hilang dari bibir. Wajahnya keruh semula. Dia pernah terlihat parut yang sama sebelum ini berbekas di telapak tangan seseorang.. tapi dimana? Dahinya berkerut. Dia cuba-cuba untuk mengingatinya. tapi akhirnya dia terlelap. Dalam tidur di bermimpi akan seseorang yang terlalu di rinduinya. Zaman kanak-kanak yang meriangkan sekali. Mungkinkah ia akan berulang kembali.


..........................................


Aku akhirnya pasrah dengan ketentuan illahi. Dila bukan milikku. Perlukah aku menukar nama. Rasa malu pulak bila aku bernazar begitu.Takpe la. Emak sendiri redha dan menasihati ku agar jangan terlalu mendesak. Orang tak sudi, nak buat macam mana. Kalau boleh bawak lari dah lama aku bawak. Untuk kali terakhir ini, aku jejakkan kaki lagi kerumah Aunty Hanim. Malu rasanya untuk kesini lagi. Berhadapan dengan Dila, tapi aku terpaksa kerana Aunty Hanim beriya-iya benar ingin membuat majlis hari lahirku di rumahnya sebelum aku berangkat pergi ke England untuk melanjutkan pelajaranku semula.


Aku pergi bukan kerana membawa hati yang luka, cuma sesaja ingin merasa nikmat hidup di tempat orang. Betulkah? kalau tak betul pun, aku tetap akan kata betul. Hubungan keluargaku dengan keluarga Aunty Hanim tetap baik seperti dulu walaupun Dila senang-senang menolak lamaranku. Apa nak buat. kecewakah aku?


Malam terakhir aku di Malaysia, merupakan malam terakhir aku menjejakkan kaki di rumah Aunty Hanim. Aku lihat sudah ramai tetamu yang hadir memenuhi ruang tamu rumah Aunty Hanim. Perlahan-lahan aku bersama ibubapaku keluar dari perut kereta.Aku sengaja memakai baju Melayu bewarna peach, almaklumlah. majlis sambutan hari lahirku ini pun agak meriah dan ramai tetamu yang hadir. Dari kejauhan kulihat Dila dengan anggun memakai kebaya kuning air. Cantiknya dia. sudah-sudahlah tu Armin. Kau je yang perasan lebih dia langsung tak pandang kau. Pujuk hatiku.


.......................................


Rasa bersalah menghantuinya.. tapi apa boleh buat. Kata hati tak siapa boleh halang. Dila pergi mendapatkan ibunya.


"Mama.. Dila naik keatas dulu ye..", pintanya. Rasa bersalah mula menghantui diri. Marah juga dia bila mengetahu mamanya itu ingin membuat majlis hari lahir Armin di rumah ini. Apa dia tak de rumah ker? Tapi bila mamanya menjelaskan yang majlis tersebut sekadar untuk menjernihkan hubungan keluarga, dia akur.


"Tak elok macam tu nak. Tetamu ramai ni. ", Aunty Hanim kurang setuju dengan permintaan Dila. Geram juga melihat karenah anak gadisnya itu. Sedih juga bila niat baik keluarga Datin ... di tolak mentah oleh anaknya itu. Dia sendiri kurang faham kenapa Dila menolak. Padahal bukan orang lain, kawan lamanya juga.


"Hah. mereka dah sampai tu. Jangan pulak buat muka depan mama. Dah di tolak pinangan mereka, jangan pulak kamu layan buruk pada dia orang..", mamanya memberi amaran keras lantas berlalu. Dila mencebik. Suka hati la. bisiknya.


........................................


"Ku Min ke ni. segaknya dia dengan baju melayu ni..", Aunty Hanim tersenyum melihatku. Saya memang hensem Aunty, Cuma anak Aunty tu jer tak nampak saya. aku berkata-kata didalam hati.


"Tak dela Aunty. biasa je", aku bersalaman dengan Aunty Hanim dan Uncle Razif. Mereka memelukku erat. Mungkin sedikit terkilan dengan apa yang berlaku. Dila langsung tidak memandangku. Dia bersalam pula dengan kedua orang tua ku.


Kami sekeluarga sama-sama menikmati jamuan tersebut tanpa ada sekelumitpun perasaan dendam dek perbuatan Dila. Setelah semua selesai, aku sekeluarga meminta diri untuk pulang. Ku lihat Aunty Hanim menahan sebak. Mungkin masih ada sisa-sisa kekesalan tidak dapat bermenantukan aku. aku lagi sedih maaa. Aku berpelukan dengan Uncle Razif, banyak kata-kata perangsang yang diberikannya padaku. Sedikit sebanyak terubat rasa kecewa dek perbuatan anaknya yang kerek tu. Emak juga tidak ketinggalan melahirkan rasa sedih. Dila masih lagi dengan muka toyanya. Gerek tul minah ni. Walau apapun, aku tak berkecil hati. Mungkin dia sedang menunggu jodoh yang lebih baik dari aku. walaupun aku ni sudah dikategori paling baik Semoga kau bahagia Dila.. doaku ikhlas. Kami meninggalkan perkarangan rumah Aunty Hanim. Buat kali terakhir. aku melihat wajah ayu itu. dan kali terakhir juga aku lihat dia melemparkan senyuman untukku. Terima kasih Dila.


.........................................


"Dah besar panjang Ku Min tu kan bang. Baik. bijak. hormat orang tua..", sedikit sebanyak telinga Dila terasa pedih mendengar pujian ikhlas mamanya itu terhadap Armin. Tapi memang dia tak nafikan. Cuma keras kepalanya itu menghapuskan semua kata-kata pujian itu.


"Kecik-kecik dulu bukan main pendiam. Selalu di buli. Bila besar banyak berubah dah..", sambung ayahnya. Dila hanya mendengar perbulan kedua orang tuanya. Namun sedikit sebanyak perbualan mereka menggeletek hatinya untuk terus mendengar.


"Tak faham saya bang. kenapa Dila tolak lamaran Ku Min. Bukan orang lain, teman sepermainan lagi", kata-kata mamanya seolah-olah mencucuk ulu hatinya. Apa maksud mama?


"Biarlah.. mungkin dia ada pilihan sendiri", ayahnya tenang bersuara. Namun kata-kata mamanya membuat Dila rasa seolah-olah terhenti bernafas.,


"Mama. Ku Min tu sapa? Dila kenal ke?", Dila menyapuk perbualan kedua orang tuanya. Tak sabar nak menunggu perbualan lebih lanjut.


"Buat-buat tanya pulak. Ku Min tu Armin le. ",tegas suara mamanya menerangkan duduk perkara sebenar. Dila terkesima.


"Kenapa panggil dia Ku Min.", dila bertanya bodoh.


"Abis kamu panggil dia sapa? masa kecik-kecik dulu. bukan ke kamu panggil dia Ku Min. Budak lelaki yang kamu selalu buli dulu tu.. tak ingat? Dialah tu yang dihantar ke England sebab kejadian kamu hampir lemas dulu.. anak Aunty Rozana kamu tu. Tengku Armin Bin Tengku Zulkieflee..", panjang lebar penerangan mamanya. Dila terlopong. Ku Min. bukan Komeng ke? tapi Komeng dah lama..


"Malas mama nak layan kamu. ", kedua orang tuanya berlalu. Tinggal Dila kesorangan duduk tercegat di ruang tamu. Seolah-olah tak percaya dengan berita yang baru didengarnya. Bermimpikah aku? Komeng. tapi. parut?! ya baru Dila teringat parut di tangan Armin. Arghhh...


..........................................


Aku memerhatikan sekeliling lapangan terbang ini. Kuala Lumpur International Airport yang menjadi kebanggaan rakyat Negara Malaysia. Perlahan-lahan aku melangkah ke kaunter .


"Komeng.....!!!!!", sepelaung aku mendengar seseorang memanggil nama itu. Bulu romaku serta merta meremang. Sudah hampir lebih sedekad lamanya nama itu tidak pernah di sebut. Aku merindui nama itu. Nama yang seringkali keluar daripada bibir mungil itu. Seseorang memanggil akukah? Adakah.dia?Segera aku menoleh. Aku melihat Dila sedang berlari menuju kearahku. Aku masih bermimpikah? Dila.!!! ingin saja aku menyambut lariannya itu dengan pelukan. Ala-ala Kuch-Kuch Hota Hai pulak.


"Komeng. awak komeng ker? Saya..saya..", tercungap-cungap dia bersuara dan berdiri betul-betul dihadapanku. Yang pasti aku hanya tercegat bagaikan patung dihadapannya. Gembiranya hati aku bukan kepalang bilamana akhirnya dia sudi memanggilku. Ingat lagi rupanya dia akan nama tu.


"Saya. saya minta maaf. Saya tak tahu awak komeng. Maaf kan saya. Selama ni saya ingat awak dah takde. Saya bersalah sebab tak kenal siapa awak. Saya tak boleh terima orang lain dalam hati saya sebab saya.saya terlalu sayangkan kenangan masa kecil kita.", suaranya terputus di situ. Ada esak dalam bicaranya. Apa maksud dia yang aku dah tak de. Macam drama Winter Sonata pulak aku rasa.


"Apa maksud awak yang saya dah takde? awak tak kenal saya ke? Sampai hati awak. Ooo. patutla awak tolak lamaran saya, awak marah-marah saya selama ini.. baru saya faham. Rupa-rupanya awak fikir selama ni saya dah ma..", belum sempat aku menuturkan perkataan tu, Dila lebih dulu meletakkan jarinya kebibirku.


"Syhh.. saya dah tahu segala-galanya. Mama dah cerita. Rupanya kapal terbang yang tehempas tu bukan kapal terbang yang awak naik. Masa tu bodoh lagi, dengar je kat berita kapal terbang terhempas terus saya terfikir awak. Penat saya menangis selama ni, rupanya awak masih hidup..", terangnya panjang lebar. Alkisahnya. baru lah aku faham. Dila..dila.. aku menggeleng kepala. Nak gelak pun ada. Kalau la siang-siang dia tahu akulah komeng yang dirinduinya tu, pasti tak begini jadinya.


"Awak marah kat saya ker.please jangan pergi", rayunya. Sayu hati aku dengar. Apa perlu aku buat. Semudah itukah? Tapi semua ni bukan salah Dila, bukan jugak salah aku dan bukan salah sesiapa. Cuma salah faham je. Perlukah aku batalkan niat aku untuk melanjutkan pelajaranku ke England? Macamlah kat Malaysia ni tak boleh nak sambung study tu.Aku menggeleng.


"Saya dah buat keputusan Dila. Maaf. untuk pengetahuan awak ,saya tak pernah marah pada awak walau sekelumit pun. Apa nak buat, memang bukan salah awak. Tapi walaupun awak dah tahu perkara sebenar, tak bererti ia dapat mengubah apa-apa.", kataku lantas memandangnya. Wajahnya berubah. Ada lagi sisa air jernih bergenang di kelopak matanya. Ah. air mata wanita memang bisa membunuh. Tapi tahap kekuatanku masih utuh. Tak lebur dek tangisan itu.


"Saya faham. Awak berhak cakap apa je setelah apa yang saya buat pada awak.. Please komeng. bagi saya peluang..", dia merayu lagi. Wahai hati, mampukah tabah dengan rayuan itu? Aku melempar pandangan ke ruang balai perlepasan. Ramai orang sedang beratur untuk menaiki pesawat. Aku memandang kearah Dila semula. Renungannya seolah-olah memberi seribu pengertian agar aku tidak meninggalkannya.


"18 tahun Dila.. saya tak pernah lupakan awak. Mak ayah saya pun berusaha jejak keluarga awak sampailah bertemu semula 3 tahun lepas. Tak sangka, semudah tu awak lupa saya.", kata ku bernada sayu.


"Sumpah Komeng, saya memang tak tahu Aunty Rozana tu mak awak. Saya pun tak tahu rupa2nya mama dan Aunty Rozana dah lama kenal. Apatah lagi awak adalah Komeng. saya tak tahu..percayalah", Dila menggeleng-gelengkan kepalanya beberapa kali. Akhirnya dia tertunduk setelah gagal membuatkan aku mempercayainya. Aku percaya kau Dila..


"Jadi. kalau awak tahu saya adalah Komeng, awak takkan tolak pinangan tu, begitu?!", aku sekadar menduganya. Tapi dia tetap diam membisu. Katakan saja Ya wahai Dila..malu-malu pulak.


"Sudah la Dila. masa boleh mengubah segalanya tapi tak semua yang di ubah boleh hilang macam tu jer. Mungkin kita perlu ambik masa lagi untuk kenal antara satu sama lain", sambungku lagi setelah lihat Dila hanya diam membisu. Susahnya nak suruh dia mengaku.


"Saya faham. Saya akan tunggu sehingga awak sudi maafkan saya. Saya akan setia tunggu awak Komeng walau seberapa lama masa yang akan awak ambil. Saya tak tahu nak buat apa lagi. Saya merindui awak...", suaranya lemah meruntun naluri lelakiku. Ah, Dila.. Akhirnya aku melangkah ke kaunter yang berdekatan. Aku mencapai passport yang diberikan oleh pekerja syarikat penerbangan tersebut lantas membalas senyumannya. Aku beralih semula memandang Dila dan berjalan menuju kearahnya. Matanya terkebil-kebil memandang passport yg berada di tanganku.


"Kenapa? saya kesini cuma nak renew passport saya jer.", kataku bersahaja. Dalam hati nak aje aku berguling-guling ketawa melihat riak wajah Dila.


"Oooo. korang jahat, tipu saya ek!!", katanya geram. Mungkin baru tersedar dirinya telah berjaya di perdaya oleh aku. Jadi jugak pakatan sulit antara aku dengan Aunty Hanim untuk menyedarkan Dila.


"Memadailah saya tahu awak memang benar-benar sayang dan setia pada Komeng. Sudikah awak jadi kekasih saya Dila?",kataku serius lantas mengeluarkan kotak kecil berbaldu merah yang pernah aku berikan padanya dulu. Aku buka lantas kuhulurkan kepadanya. Tiada sambutan hanya renungan tajam jelas kelihatan.


"Orang tak sudi, nak buat macam mana..", aku menjungkit bahu dan ingin menyimpan semula cincin tersebut.


"Awak silap!!!", katanya tegas lalu merampas dengan kasar cincin tersebut dari tanganku.


"Sepatutnya awak cakap. Sudikah awak jadi isteri saya..",sambungnya lagi. Dengan selamba dia menyarung cincin tersebut ke jari manisnya. Nasib baik muat.


"Tak de la cantik sangat pun, tapi boleh laa dari takde.."dia berpaling dariku dan berjalan meninggalkanku. Aku menekup mulut menahan ketawa melihat telatah Dila. Aku tidak berganjak dari tempatku berdiri tadi sambil berpeluk tubuh.Mungkin melihatkan aku tidak mengekorinya, Dila berpaling semula kearahku. Dahinya berkerut. Segera aku melarikan pandangan ketempat orang ramai lalu lalang seolah-olah tidak menghiraukannya. Perlahan-lahan dia berjalan kearahku semula dan berdiri bertentangan denganku., Aku memandangnya serius.


"Sudikah awak seiring dan sejalan bersama-sama saya..", katanya seperti berbisik sambil menghulurkan tangannya kepadaku. Nak aje aku melompat-lompat melepaskan kegembiraan aku kat sini. Tapi aku still maintain dan dengan perlahan-lahan juga aku menyambut huluran tangan Dila. Peluang keemasan beb!! hehe.


"Kenapa awak panggil saya komeng", soalan yang pernah ku tanyakan padanya suatu ketika dulu ku ulangi lagi. Berkerut dia memandangku.


"Sebab.. komeng tu sesuai tuk panggilan orang yang 3 suku macam awak.", segera dia melepaskan genggaman tanganku dan menjarakkan kedudukan antara aku dengan dia.


"Hah. 3 suku. Jadi saya ni 3 suku lah..", kata-katanya membuatku terkejut. Ada ke patut aku dikatanya 3 suku.


"Nop. awak tak lagi 3 suku. Cuma bertambah mereng berbanding dulu", sambungnya. Belum sempat aku mendapatkannya, dila terlebih dahulu berlari meninggalkan ku. Mengekek-ngekek dia ketawa. Ooo. perkena aku ye.. tunggu!!! Berciciran aku mengejar Dila di ruang legar lapangan terbang yang luas ini. Orang-orang sekeliling yang memandang tidak kami hiraukan. Kerana debu-debu cinta yang baru menjelang telah bertukar menjadi bunga-bunga cinta yang tidak akan layu untuk selamanya. Yahoooo!!!


TAMAT

Catat Ulasan for "Kisah Kau dan Aku"

Lagi Artikel Menarik...