Negara Jerman memberikan Pendidikan PERCUMA Kepada Rakyatnya

Jerman adalah antara negara di dunia yang memberikan pendidikan percuma hingga ke peringkat pengajian tinggi. Tidak banyak negara di dunia yang memberikan kemudahan sedemikian.
Bukan saja belajar di universiti adalah percuma untuk warganegaranya, bahkan ia turut dinikmati oleh sesiapa saja yang mahu pergi ke negara itu untuk menuntut ilmu. Sudah tentu, pelajar-pelajar mestilah berkelayakan dan menguasai bahasa Jerman.
Justeru, jika seseorang di Malaysia mahu menuntut di universiti Jerman, maka mereka mestilah menguasai bahasa Jerman yang boleh dipelajari di Goethe Institut cawangan Kuala Lumpur.
Pembiayaan belajar hanyalah untuk sara hidup dan peralatan kerana yuran universiti adalah percuma. Satu kelebihan yang dinikmati oleh pelajar-pelajar Jerman ialah kebebasan memilih kursus.
Pelajar-pelajar Jerman bebas memilih kursus menurut minat mereka hinggakan ada kalanya mereka menuntut di beberapa universiti serentak bagi mengikut minat masing-masing.
Sementara pensyarah dan profesor mereka tidak menerima sebarang tekanan daripada mana-mana pihak untuk memilih bidang-bidang penyelidikan masing-masing. Mereka hanya perlu mengikut minat masing-masing dan bukannya menurut kehendak pasaran kerja, apatah lagi kehendak industri tertentu.
Inilah perbezaan antara sistem pendidikan tinggi Jerman dengan apa yang ditawarkan di Britain dan Amerika Syarikat (AS).
Tidak terdapat banyak universiti swasta di Jerman. Kebanyakan universiti adalah milik kerajaan negeri dan Jerman mengamalkan sistem persekutuan. Oleh kerana pendidikan tinggi adalah percuma, hampir tidak ada biasiswa, dermasiswa atau pinjaman pendidikan.
Bagaimanapun, universiti Jerman terkenal dengan kualiti tinggi dalam bidang sains fizikal, teknikal, teknologi dan kejuruteraan.
Dua bidang kejuruteraan yang menjadikan Jerman sebagai pusat utama dunia ialah pembuatan jentera kereta dan jentera percetakan. Pameran tahunan kereta antarabangsa di Jerman adalah terbaik dan paling terkenal, mengalahkan AS, Itali dan Jepun. Suatu perkara yang tidak menghairankan kerana Mercedes Benz, BMW dan Volkswagen adalah berasal dari Jerman.
Begitu juga pameran tahunan percetakan dan penerbitan buku antarabangsa paling unggul diadakan di Frankfurt walaupun bahasa Jerman tidak dapat menyaingi Inggeris dari segi penggunaan sejagat.
Namun begitu, sejak Johann Gutenberg mencipta mesin cetak pertama dan mengeluarkan buku bercetak pertama pada tahun 1440, Jerman terus mempertahankan keunggulannya dalam bidang teknologi perbukuan.

Catat Ulasan for "Negara Jerman memberikan Pendidikan PERCUMA Kepada Rakyatnya"