Pengeluaran i-Citra KWSP EPF
#Pengeluaran i citra
PUTRAJAYA: Kerajaan memperkenalkan kemudahan pengeluaran baharu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) iaitu pengeluaran i-Citra dengan 12.6 juta ahli boleh membuat pengeluaran sehingga RM5,000 dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan untuk tempoh lima bulan tertakluk kepada jumlah simpanan KWSP ahli.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pelaksanaan pengeluaran i-Citra dijangka dapat menyalurkan RM30 bilion kepada rakyat untuk menampung keperluan harian.
“Ahli boleh mula memohon kemudahan pengeluaran i Citra KWSP di portal dalam talian i-Citra di icitra.kwsp.gov.my mulai 15 Julai 2021, dengan pembayaran pertama dijangka dikreditkan dalam akaun ahli pada Ogos 2021,” katanya.
Kata beliau, ini merupakan keputusan sukar kerana kerajaan sedar kerana ia simpanan hari tua rakyat, dan penyelesaian pengeluaran i-Citra mengambil jalan tengah antara keperluan mendesak hari ini dan pulangan yang wajar bagi ahli-ahli KWSP yang tidak memerlukan pengeluaran.
Siapakah yang layak memohon Pengeluaran i Citra
Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap; dan;
Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.
Berapakah amaun pengeluaran i Citra yang layak dikeluarkan?
Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM5,000.
Bayaran bulanan akan dibuat sehingga lima (5) bulan.
Bayaran yang ditetapkan adalah RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan.
Bayaran minimum adalah RM50
Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1
Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang (jika ada)
Cara Pengeluaran i-Citra
Permohonan hanya secara dalam talian melalui portal icitra.kwsp.gov.my. Bagaimanapun, portal ini hanya boleh diakses bermula 15 Julai 2021. Maklumat lanjut mengenainya akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
Tarikh Permohonan Pengeluaran i-Citra
Permohonan boleh dibuat mulai 15 Julai 2021 hingga 30 September 2021.
Bilakah Pengeluaran i-Citra mula dibuat?
Bayaran bagi permohonan yang dibuat pada bulan Julai dijangka dibayar bermula bulan Ogos 2021.
Bolehkah simpanan dalam Akaun Emas digunakan untuk Pengeluaran i-Citra?
Simpanan Akaun Emas tidak boleh digunakan untuk i-Citra.
Catat Ulasan for "Pengeluaran i-Citra KWSP EPF"