CERITA LAWAK SERAM: Bilik No 39

KISAH BENAR

Kisah bermula pada 9 Januari, dua tahun yang lalu di sebuah hotel di Cameron Highlands.

Penyewa: "Bilik no. 39 ada kosong tidak?"

Receptionist: "Kosong tuan!"

Penyewa: "Boleh saya tempahkan?"

Receptionist: "Boleh tuan!"

Setelah menempah bilik tersebut, si penyewa pun menelefon manager hotel untuk minta tiga benda iaitu sebilah pisau berwarna hitam, benang putih sepanjang 59 cm dan warna oren 79 cm dihantar ke biliknya.

Meskipun agak pelik tapi manager hotel bersedia memenuhi permintaan penyewa itu. Bellboy diminta menghantarkan benda yang diminta ke bilik tersebut.

Tapi kerana rasa hairan dan ingin tahu, si manager pun akhirnya tidur di bilik no. 40 tepat di bilik sebelahnya.

Dia pun menunggu, tidak tidur. Akhirnya tepat pada tengah malam terdengar suara-suara pelik, ngeri, seram dari dalam bilik no 39. 

Terdengar suara merintih, bunyi piring pecah, dan benda dibalingkan ke dinding. Terdengar juga suara meraung, menangis dan mengerang.

Setelah pagi, si penyewa pun berkemas menuju ke lobi hotel untuk check out dan tak lupa memberi tip yang sangat banyak kepada bellboy.

Manager hotel yang kehairanan akhirnya menceritakan kesemuanya dan mengajak bellboy untuk memeriksa bilik 39. Namun Bilik 39 didapati semuanya dalam keadaan elok, kemas dan tiada satu benda pun yang rosak. 

Dalam hati manager hotel tertanya apa yang dilakukan penyewa itu semalam.

Setahun berlalu dan tepat pada tarikh 9 Januari si penyewa itu datang lagi. 

Beliau telah menempah lagi bilik no 39, meminta sebilah pisau hitam, benang putih 59 cm dan oren 79 cm.

Manager yang masih ingin tahu telah kembali mencuri dengar dari dinding di bilik sebelah. 

Dia terdengar suara-suara dan bunyi pelik seperti dulu. Paginya si penyewa bergegas meninggalkan hotel itu, tapi tak lupa memberi tip yang banyak kepada bellboy.

Pada tahun ini, pada tarikh yang sama, penyewa itu datang lagi, dengan permintaan yang sama. 

Ya. Bilik no. 39, pisau hitam, benang putih dan benang oren dengan panjang 59cm dan 79cm.

Kali ini si manager bertekad nak tahu apa sebenarnya yang si penyewa itu lakukan. 

Setelah pagi tiba ketika si penyewa hendak pergi meninggalkan hotel, dengan tergesa-gesa si manager mendapatkannya.

Manager: "Mohon maaf tuan. Saya boleh tanya satu perkara tidak?"

Penyewa: "Tentu saja. Apa itu?"

Manager: "Saya pelik apa yang sedang tuan lakukan tadi malam di bilik 39 setiap tahun?"

Penyewa: "Jika saya beritahu, bolehke ko berjanji akan menjaga rahsia dan tidak memberitahu sesiapa pun?"

Manager: "Ya Tuan. Saya berjanji tidak akan memberitahu sesiapa pun hal ini!"

Manager tersebut benar-benar menepati janjinya untuk tidak memberitahu kepada sesiapa pun tentang apa yang dilakukan penyewa tersebut setiap kali di bilik 39. 

Sebab itu sampai sekarang tidak ada yang tahu apa sebenarnya yang terjadi di bilik 39 tersebut kerana Manager Hotel itu tidak pernah pun menceritakan kejadian tersebut kepada sesiapa pun. Termasuk kawe.

The End.

Kisah diubahsuai dari cerita asal di FB.

Catat Ulasan for "CERITA LAWAK SERAM: Bilik No 39"

Lagi Artikel Menarik...