Faedah Dan Ganjaran Sebagai Ahli NUTP
NUTP merupakan badan NGO yang mewakili suara guru-guru di Malaysia. Ianya telah banyak membantu ramai guru-guru dalam menyelesaikan isu-isu yang bersangkutan dengan bidang keguruan.
Sebagai ahli berdaftar, terdapat banyak faedah yang dapat dinikmati oleh ahli. Berikut merupakan faedah dan ganjaran yang boleh dituntut oleh ahli NUTP atau KPPK.
Kematian ahli (kematian biasa) - RM2000
Kematian ahli (kemalangan) - RM3000
Kematian suami/isteri (bukan ahli) - RM500
Kematian anak - RM200
Kematian ibu bapa - RM200
SPM 7A keatas (anak ahli) - RM100
Persaraan wajib 55/60 tahun (tempoh berkhidmat 10 ke bawah) - RM200
Persaraan wajib 55/60 tahun (tempoh berkhidmat 10 - 20 tahun) - RM400
Persaraan wajib 55/60 tahun (tempoh berkhidmat 20 - 30 tahun) - RM600
Persaraan wajib 55/60 tahun (tempoh berkhidmat 30 tahun ke atas) - RM1000
Penyakit kritikal (mengikut kes) - RM2000
Ijazah sarjana muda/ master / PHD (ahli) - RM100
Bencana alam (bersyarat) - RM500
Aslm.Saya nak bertanya mengapa suami saya yang menjadi ahli NUTP selama 34 tahun tidak berjaya dalam permohonan ganjaran persaraan wajib beliau?Sudah setahun permohonan dikemukakan tetapi pihak NUTP tidak melayani hingga kini.
BalasPadamMungkin dokumen yang diperkukan tidak lengkap. Sila hubungi pejabat nutp yang terdekat utk tindakan lanjut
PadamSaya adalah pesara pilihan ttp telah genap 30 thn. Adakah saya layak menerima ganjaran persaraan?
BalasPadam