Cara Mohon Saham IPO MITI Bagi Penjawat Awam

Langkah-Langkah Nak Beli IPO QSR Melalui MITI

Ingatan: Bagi Pegawai Kerajaan/kakitangan kerajaan pula, perlu disertakan surat kebenaran rasmi oleh Ketua Jabatan, Ketua Bahagian atau Ketua Seksyen.
>> Contoh Surat Permohonan Langganan Saham MITI Bagi Penjawat Awam

1. Klik Laman Web Saham Online MITI
https://sahamonline.miti.gov.my/

2. Log Masuk Dengan Menggunakan ID Pengguna (Nombor Kad Pengenalan) Dan Kata Laluan Bagi Pengguna Yang Telah Berdaftar

3a. Bagi Yang Belum Berdaftar, Pilih Jenis Pelabur (Individu) Dan Klik Daftar

3b. Lengkapkan Borang Pendaftaran

3c. Pendaftaran Dah Selesai, Semak Emel

3d. Log Masuk Menggunakan ID Pengguna (Nombor Kad Pengenalan) Dan Kata Laluan

4. Klik Pohon IPO QSR Brands


5. Masukkan Jumlah Unit Yang Hendak Dipohon (Minima 1000 Unit)



Katanya saham QSR ditawarkan pada harga RM1.44 seunit melalui IPO ini. Minimum nak beli adalah 1000 unit, maka modal yang diperlukan adalah sebanyak RM1,440. Kalau nak beli 10000 unit, modal sebanyak RM14,400 pula diperlukan.

6. Klik Cetak, Isi Borang Dan Hantar Ke Alamat Yang Tertera



Sediakan Dokumen Penting
Bila dah submit online, sila rujuk kepada senarai semak dan pastikan semua dokumen lengkap. Penyata Kewangan adalah penting, begitu juga Penyata ASB dan Tabung Haji.

Sebab menerusi penyata kewangan inilah, MITI boleh tahu berapa jumlah unit yang kita layak untuk beli. Kalau letak bilangan unit tinggi, tapi tiada dokumen sokongan yang cantik, kalau dapat nanti akan ikut kita punya kemampuan.

Bagi Pegawai Kerajaan pula, perlu disertakan surat kebenaran rasmi oleh Ketua Jabatan, Ketua Bahagian atau Ketua Seksyen.

Kelebihan Memohon IPO Melalui MITI
Senang cerita, permohonan IPO melalui MITI adalah sedikit leceh kerana perlu isi borang, sertakan penyata kewangan, minta bos sign (bagi pegawai kerajaan), kemudian perlu pos atau hantar sendiri ke pejabat MITI di Kuala Lumpur. Tetapi cuba tanya mereka yang dah pernah memohon melalui MITI, mesti berpeluang cerah untuk dapat IPO tersebut.

Sebaliknya bagi IPO yang dipohon melalui bank pelaburan atau broker pula, proses sangat mudah dan semuanya dibuat secara online, tetapi peluang tipis nak dapat IPO tersebut. Ini kerana persaingan sangat tinggi, ramai orang yang apply IPO online, dan terpaksa pula bersaing dengan golongan Bukan-Bumiputera.


Daftar sekarang !!! Akaun CDS bersama RakutenTrade. Saya dah cuba daftar bersama RakutenTrade. Hanya dalam masa 2 jam, permohonan telah diterima. Pastikan anda mempunyai gambar kad pengenalan depan dan belakang semasa permohonan. Sila klik di sini untuk mendaftar -> Daftar Sekarang !!!

3 ulasan for "Cara Mohon Saham IPO MITI Bagi Penjawat Awam"

  1. Ada tak contoh surat kelulusan majikan untuk kerajaan. Apa isi yang patut dimasukkan

    BalasPadam
  2. Contoh surat kebenaran boleh rujuk pada link yang telah dikemaskini seperti di atas

    BalasPadam