Kertas Kerja Program/Aktiviti Minggu Pertama Persekolahan
PROGRAM/AKTIVITI
MINGGU PERTAMA PEMBUKAAN SEKOLAH
11 MAC HINGGA 15 MAC 2024 (ISNIN HINGGA JUMAAT)
1.LATAR BELAKANG
Minggu pertama persekolahan tanpa kelas akademik diteruskan pada tahun kedua sesi persekolahan 2024/2025.Kelas akademik pada minggu pertama sesi persekolahan 2024/2025 yang akan bermula 11 Mac ini, sebaliknya ia diisi dengan aktiviti yang mewujudkan suasana ceria di sekolah serta penerapan adab dan akhlak.Ketua Pengarah Pendidikan Azman Adnan berkata dalam minggu pertama, pengurusan sekolah perlu mengalu-alukan kehadiran murid dan pelajar dan memastikan mereka seronok untuk hadir ke sekolah. Minggu pertama dimanfaatkan sepenuhnya dengan aktiviti menyeronokkan yang membangunkan emosi anak murid serta guru untuk melaksanakan proses pendidikan formal nanti.
Bahan download/muat turun: Contoh Kertas Kerja Program/Aktiviti Minggu Pertama Persekolahan (pdf) | Contoh Kertas Kerja Program/Aktiviti Minggu Pertama Persekolahan (docx) | Kit Program Transisi Tahun Satu 2.0 Edisi 2 (pdf)
2.OBJEKTIF
2.1 Mewujudkan suasana ceria, selamat dan terancang.
2.2 Mewujudkan komunikasi berkesan melibatkan murid, guru, ibu bapa atau penjaga dan komuniti.
2.3 Merupakan sebahagian pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang dapat memupuk nilai.
2.4 Memupuk perpaduan dalam kalangan murid pelbagai latar belakang sosioe Konomi
2.5 Membangunkan emosi anak murid serta guru untuk melaksanakan proses pendidikan formal nanti.
2.6 Untuk melahirkan murid yang ceria guru yang bahagia sekolah bitara dan negara sejahtera dapat kita laksanakan dengan sebaik-baik kerjasama dan sokongan.
2.7 Tujuannya adalah untuk murid-murid rasa berminat rasa seronok untuk hadir ke sekolah dan selepas itu budaya untuk hadir ke sekolah akan berterusan dan mereka mampu untuk mengekalkan momentum sepanjang tahun.
Catat Ulasan for "Kertas Kerja Program/Aktiviti Minggu Pertama Persekolahan"