Kertas Kerja Program Transisi Tahun 1

PTTS 2.0 dilaksanakan bagi memastikan semua murid Tahun 1 daripada pelbagai latar belakang, tahap penguasaan dan kesediaan dapat meneruskan proses pembelajaran mereka seterusnya. Kerangka konsep PTTS 2.0 dibangunkan berasaskan lima aspek iaitu sosioemosi, sikap dan nilai, kognitif (termasuk literasi dan numerasi asas), kreativiti dan estetika serta kesejahteraan fizikal dan kesihatan. Kelima-lima aspek ini dilaksanakan berasaskan pendekatan bertema dan bersepadu. Kejayaan pelaksanaan PTTS 2.0 bergantung kepada kerjasama dan sokongan ibu bapa/penjaga, pentadbir dan guru. Persekitaran sekolah dan rumah yang kondusif serta memberangsangkan juga amat penting dalam proses pembelajaran murid. Kerangka konsep PTTS 2.0 seperti dalam Rajah 1.

PTTS 2.0 amat menekankan kepada persediaan dan penguasaan murid dalam kelima-lima aspek di atas bagi mengupayakan mereka untuk melangkah ke pembelajaran seterusnya di Tahun 1. Bagi merealisasikan hasrat tersebut cadangan aktiviti dalam Fasa Penyesuaian dan Fasa Kesediaan dibina berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Tahun 1. Namun begitu, jika terdapat murid yang masih berada di bawah tahap kesediaan dan penguasaan terutamanya dalam literasi dan numerasi asas, guru boleh merujuk kepada Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK Semakan 2017) bagi merancang aktiviti yang sesuai.

Rajah 1: Kerangka Konsep Program Transisi Tahun Satu 2.0

Objektif PTTS 2.0:
1.Membantu murid menghadapi perubahan daripada pendidikan di rumah atau tadika kepada pendidikan formal.
2.Menyesuaikan murid dengan keadaan dan persekitaran sekolah.
3.Membina hubungan antara murid dengan rakan sebaya dan guru.
4.Meningkatkan keyakinan murid dan membentuk sikap positif dalam interaksi sosial serta pembelajaran.
5.Membantu murid mengurus diri sendiri.
6.Menyediakan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk pembelajaran seterusnya.

Bahan download/muat turun: Contoh Kertas Kerja Program Transisi Tahun 1 (pdf) | Contoh Kertas Kerja Program Transisi Tahun 1 (docx) | Kit Program Transisi Tahun Satu 2.0 Edisi 2 (pdf)

 
Fasa PTTS 2.0:
1.Fasa Penyesuaian (Dua Minggu)

  • Mengikut peruntukan waktu sehari yang telah ditetapkan.
  • Merangkumi aktiviti suai kenal, aktiviti fizikal, aktiviti rutin, aktiviti pembelajaran, perbualan awal dan rehat.
  • Melaksanakan pelbagai kaedah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) menggunakan item dalam Senarai Semak Kesediaan Murid (Lampiran A).


2.Fasa Kesediaan (Dua Minggu)

  • Mengikut jadual Tahun 1.
  • Dilaksanakan oleh guru mata pelajaran.
  • Memilih tema mengikut minat, latar belakang dan persekitaran murid .
  • Merancang pengajaran dan pembelajaran (PdP) terbeza berdasarkan tahap kesediaan murid dan kreativiti guru.
  • Melaksanakan pelbagai kaedah PBD.
  • Memastikan murid menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperlukan untuk pembelajaran seterusnya.
Bahan download/muat turun: Contoh Kertas Kerja Program Transisi Tahun 1 (pdf) | Contoh Kertas Kerja Program Transisi Tahun 1 (docx) | Kit Program Transisi Tahun Satu 2.0 Edisi 2 (pdf)

Catat Ulasan for "Kertas Kerja Program Transisi Tahun 1"